SJK( C ) Poay Chee, Kuala Sangga, adalah sebuah sekolah rendah bantuan modal di Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Ia terletak di sebuah pulau yang terpencil (Pulau Sangga Besar), lebih kurang 15km dari Kuala Sepetang. Pengangkutan untuk keluar masuk hanyalah melalui bot-bot nelayan tempatan yang mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit. Di sini tidak mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik, klinik kesihatan, balai polis dan lain-lain lagi. Sekolah SJK( C ) Poay Chee, Kuala Sangga telah dikategorikan oleh Kementerian Pelajaran sebagai sekolah pedalaman pada tahun 2007.

Wednesday, February 29, 2012


Keadaan Sekolah

SJK (C) Poay Chee sentiasa ditimpa banjir semasa air laut pasang. Kadang-kala terdapat beberapa ekor ular laut mucul di persekitaran kawasan banjir. Keadaan ini mengancam keselamatan murid-murid di sekolah terutamanya murid-murid tahun 1. Keadaan banjir kerap berlaku telah menjejaskan Pengajaran dan Pembelajaran. Gotong-royong bersihkan lantai terpaksa dijalankan demi keadaan bilik darjah yang kondusif. Di bawah adalah gambar-gambar semasa air pasang berlaku.

Piagam SJK (C) Poay Chee

Kami guru-guru dan kakitangan SJK (C) Poay Chee, Kuala Sangga dengan ini berazam akan bekerja penuh komitmen dan dedikasi yang berteraskan kualiti. Kami juga berazam akan meningkatkan kualiti melalui langkah-langkah berikut:

Memberi perkhidmatan kepada pelangan-pelangan dengan penuh berkesan.

Berusaha menjamin kualiti berasaskan piawaian yang ditetapkan dari masa ke semasa.

Berusaha meningkatkan prestasi dengan mengelakkan kesilapan, penyelewengan dan pembaziran.

Berusaha meningkatkan ilmu untuk memajukan diri.

Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap.

Sentiasa mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

Menjadikan kecemerlangan sebagai budaya kerja kami dan peningkatan kualiti sebagai proses yang berterusan.