SJK( C ) Poay Chee, Kuala Sangga, adalah sebuah sekolah rendah bantuan modal di Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Ia terletak di sebuah pulau yang terpencil (Pulau Sangga Besar), lebih kurang 15km dari Kuala Sepetang. Pengangkutan untuk keluar masuk hanyalah melalui bot-bot nelayan tempatan yang mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit. Di sini tidak mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik, klinik kesihatan, balai polis dan lain-lain lagi. Sekolah SJK( C ) Poay Chee, Kuala Sangga telah dikategorikan oleh Kementerian Pelajaran sebagai sekolah pedalaman pada tahun 2007.

Wawasan Sekolah

Memastikan Falsafah Pendidikan Negara dapat dilaksanakan dengan berkesan, amanah dan cekap di semua peringkat pengurusan pendidikan dalam sekolah.

Memastikan semua program pendidikan dan perkhidmatan sokongan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai satu tahap prestasi yang lebih tinggi.

Mendidik murid sekolah ini menjadi warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan dan sentiasa menuju kecemerlangan dalam semua bidang.

Mewujudkan satu masyarakat yang berpotensi, berakhlak mulia, taat setia melalui pendidikan yang seimbang dan menyeluruh berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.

No comments:

Post a Comment