SJK( C ) Poay Chee, Kuala Sangga, adalah sebuah sekolah rendah bantuan modal di Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Ia terletak di sebuah pulau yang terpencil (Pulau Sangga Besar), lebih kurang 15km dari Kuala Sepetang. Pengangkutan untuk keluar masuk hanyalah melalui bot-bot nelayan tempatan yang mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit. Di sini tidak mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik, klinik kesihatan, balai polis dan lain-lain lagi. Sekolah SJK( C ) Poay Chee, Kuala Sangga telah dikategorikan oleh Kementerian Pelajaran sebagai sekolah pedalaman pada tahun 2007.

Wednesday, February 29, 2012


Keadaan Sekolah

SJK (C) Poay Chee sentiasa ditimpa banjir semasa air laut pasang. Kadang-kala terdapat beberapa ekor ular laut mucul di persekitaran kawasan banjir. Keadaan ini mengancam keselamatan murid-murid di sekolah terutamanya murid-murid tahun 1. Keadaan banjir kerap berlaku telah menjejaskan Pengajaran dan Pembelajaran. Gotong-royong bersihkan lantai terpaksa dijalankan demi keadaan bilik darjah yang kondusif. Di bawah adalah gambar-gambar semasa air pasang berlaku.

Piagam SJK (C) Poay Chee

Kami guru-guru dan kakitangan SJK (C) Poay Chee, Kuala Sangga dengan ini berazam akan bekerja penuh komitmen dan dedikasi yang berteraskan kualiti. Kami juga berazam akan meningkatkan kualiti melalui langkah-langkah berikut:

Memberi perkhidmatan kepada pelangan-pelangan dengan penuh berkesan.

Berusaha menjamin kualiti berasaskan piawaian yang ditetapkan dari masa ke semasa.

Berusaha meningkatkan prestasi dengan mengelakkan kesilapan, penyelewengan dan pembaziran.

Berusaha meningkatkan ilmu untuk memajukan diri.

Mewujudkan sistem pentadbiran yang cekap.

Sentiasa mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa.

Menjadikan kecemerlangan sebagai budaya kerja kami dan peningkatan kualiti sebagai proses yang berterusan.
                    

Wawasan Sekolah

Memastikan Falsafah Pendidikan Negara dapat dilaksanakan dengan berkesan, amanah dan cekap di semua peringkat pengurusan pendidikan dalam sekolah.

Memastikan semua program pendidikan dan perkhidmatan sokongan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai satu tahap prestasi yang lebih tinggi.

Mendidik murid sekolah ini menjadi warganegara yang berpengetahuan, bertanggungjawab, berkebolehan dan sentiasa menuju kecemerlangan dalam semua bidang.

Mewujudkan satu masyarakat yang berpotensi, berakhlak mulia, taat setia melalui pendidikan yang seimbang dan menyeluruh berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.
    

Misi Sekolah

Kecemerlangan akademik melalui Pengajaran dan Pembelajaran yang berkualiti.

Sekolah sebagai tempat yang selesa, bersih dan selamat.

Meningkatkan kualiti pengurusan organisasi ke arah kecemerlangan.
  

Visi Sekolah

Meningkatkan martabat SJK (C) Poay Chee supaya setanding dengan sekolah-sekolah lain dari segi Kurikulum dan Kokurikulum.
  

Falsafah Sekolah

Sekolah Poay Chee akan berusaha memperkembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan murid yang celik dalam 3M (membaca, menulis dan mengira), berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
  

Tuesday, February 28, 2012

Sejarah Sekolah

1940

    Sekolah ini mula ditubuhkan dalam tahun empat puluhan. Pada tahun 1940, oleh kerana jumlah murid semakin tambah, bilik darjah sekolah ini tidak dapat menampung bilangan murid yang ramai itu, maka Lembaga Pengurus Sekolah terpaksa meminjam pejabat kongsi gelap “Hung Men Hui” untuk diubahsuaikan sebagai bangunan sekolah. Nama sekolah masa itu ialah Sekolah Republik Poay Chee. Hanya seorang Guru Besar iaitu En. Wong Yau Thiam dan seorang guru sahaja. Bilangan murid pada masa itu lebih kurang 50 orang. Pengerusi Lembaga Pengurus yang pertama ialah En. Lee Ping Kia.

1945

    Pada tahun 1945, satu Jawatankuasa Pembinaan Sekolah telah diketuai oleh En. Lee Pow Lok dan En. Lee Tiong Guan telah ditubuhkan. Rancangan pembinaan sekolah ini telah mendapat sokongan dari semua penduduk tempatan. Mereka menggunakan bot sendiri untuk mengangkut tanah, batu bata dan lain-lain bahan pembinaan dari luar. Tapak sekolah yang sebelum ini merupakan kawasan lumpur telah ditinggikan dengan tanah secara gotong-royong. Bangunan sekolah baru berjaya disiapkan pada 24.12.1945. Bangunan baru ini mempunyai 4 buah bilik darjah.

1988

    Dengan usaha Lembaga Pengurus dan PIBG sekolah, derma sebanyak RM35850.00 telah berjaya dikutip pada tahun 1988 untuk membina pagar mengelilingi kawasan sekolah serta mendirikan sebuah gelanggang bola keranjang.

2006

    Pada tahun 2006, dengan bantuan Ahli Parlimen Bukit Gantang, iaitu Yang Berhormat Dato Tan Ling Ho dan Ahli Undangan Kuala Sepetang, Yang Berhormat See Tian Sing, serta usaha pihak Lembaga Pengurus Sekolah dan PIBG Sekolah, sebuah pejabat serta rumah guru baru telah didirikan untuk menggantikan pejabat dan rumah guru yang lama yang tidak lagi selamat diduduki.

2012

    Enrolmen guru dan staf sokongan pada tahun 2012 terdiri daripada seorang guru besar(En. Chew Chin Pin), 3 guru kanan lelaki(dilantik oleh pihak sekolah) dan 5 orang guru penolong lelaki dan seorang guru penolong perempuan. Staf sokongan seramai dua orang iaitu seorang pembantu tadbir dan seorang pembantu tadbir rendah (telah dipinjam ke Pejabat Pendidikan Darah Larut Matang dan Selama). Sekolah juga mempunyai dua orang pegawai keselamatan swasta. Enrolmen murid tahun ini adalah seramai 34 orang, iaitu 15 orang murid lelaki dan 19 orang murid perempuan.                                                                                                       

About Us


SJK( C ) Poay Chee, Kuala Sangga, adalah sebuah sekolah rendah bantuan modal di Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Ia terletak di sebuah pulau yang terpencil (Pulau Sangga Besar), lebih kurang 15km dari Kuala Sepetang. Pengangkutan untuk keluar masuk hanyalah melalui bot-bot nelayan tempatan yang mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit. Di sini tidak mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik, klinik kesihatan, balai polis dan lain-lain lagi. Sekolah SJK( C ) Poay Chee, Kuala Sangga telah dikategorikan oleh Kementerian Pelajaran sebagai sekolah pedalaman pada tahun 2007.