1940
Sekolah ini mula ditubuhkan dalam tahun empat puluhan. Pada tahun 1940,
oleh kerana jumlah murid semakin tambah, bilik darjah sekolah ini tidak
dapat menampung bilangan murid yang ramai itu, maka Lembaga Pengurus
Sekolah terpaksa meminjam pejabat kongsi gelap “Hung Men Hui” untuk
diubahsuaikan sebagai bangunan sekolah. Nama sekolah masa itu ialah
Sekolah Republik Poay Chee. Hanya seorang Guru Besar iaitu En. Wong Yau
Thiam dan seorang guru sahaja. Bilangan murid pada masa itu lebih kurang
50 orang. Pengerusi Lembaga Pengurus yang pertama ialah En. Lee Ping
Kia.
1945
Pada tahun 1945, satu Jawatankuasa Pembinaan Sekolah telah diketuai
oleh En. Lee Pow Lok dan En. Lee Tiong Guan telah ditubuhkan. Rancangan
pembinaan sekolah ini telah mendapat sokongan dari semua penduduk
tempatan. Mereka menggunakan bot sendiri untuk mengangkut tanah, batu
bata dan lain-lain bahan pembinaan dari luar. Tapak sekolah yang sebelum
ini merupakan kawasan lumpur telah ditinggikan dengan tanah secara
gotong-royong. Bangunan sekolah baru berjaya disiapkan pada 24.12.1945.
Bangunan baru ini mempunyai 4 buah bilik darjah.
1988
Dengan usaha Lembaga Pengurus dan PIBG sekolah, derma sebanyak
RM35850.00 telah berjaya dikutip pada tahun 1988 untuk membina pagar
mengelilingi kawasan sekolah serta mendirikan sebuah gelanggang bola
keranjang.
2006
Pada tahun 2006, dengan bantuan Ahli Parlimen Bukit Gantang, iaitu
Yang Berhormat Dato Tan Ling Ho dan Ahli Undangan Kuala Sepetang, Yang
Berhormat See Tian Sing, serta usaha pihak Lembaga Pengurus Sekolah dan
PIBG Sekolah, sebuah pejabat serta rumah guru baru telah didirikan untuk
menggantikan pejabat dan rumah guru yang lama yang tidak lagi selamat
diduduki.
2012
Enrolmen guru dan staf sokongan pada tahun 2012 terdiri daripada
seorang guru besar(En. Chew Chin Pin), 3 guru kanan lelaki(dilantik oleh
pihak sekolah) dan 5 orang guru penolong lelaki dan seorang guru
penolong perempuan. Staf sokongan seramai dua orang iaitu seorang
pembantu tadbir dan seorang pembantu tadbir rendah (telah dipinjam ke
Pejabat Pendidikan Darah Larut Matang dan Selama). Sekolah juga
mempunyai dua orang pegawai keselamatan swasta. Enrolmen murid tahun ini
adalah seramai 34 orang, iaitu 15 orang murid lelaki dan 19 orang murid
perempuan.
Pages
SJK( C ) Poay Chee, Kuala Sangga, adalah sebuah sekolah rendah bantuan modal di Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Ia terletak di sebuah pulau yang terpencil (Pulau Sangga Besar), lebih kurang 15km dari Kuala Sepetang. Pengangkutan untuk keluar masuk hanyalah melalui bot-bot nelayan tempatan yang mengambil masa lebih kurang 30 hingga 45 minit. Di sini tidak mempunyai kemudahan asas seperti air, elektrik, klinik kesihatan, balai polis dan lain-lain lagi. Sekolah SJK( C ) Poay Chee, Kuala Sangga telah dikategorikan oleh Kementerian Pelajaran sebagai sekolah pedalaman pada tahun 2007.
No comments:
Post a Comment